大将文化

Lakaran Jiwa Merdeka : Catatan dari Penjara Kajang

RM35.00 MYR

( / )
无提供
作者: Tian Chua

请选择所有选项.

一旦补书,请立即通知:

——Preview

1.“Gayung”

Bubur dihidangkan sebagai sarapan pada pagi ini. Maknanya, saya perlu menggunakan gayung. Ini seni pemakanan yang saya pelajari ketika menjamu sarapan pertama sejak memasuki penjara.
Saya terpegun sejenak apabila “orang kerja” mahu menghidangkan bubur kepada saya. Bagaimana saya makan tanpa mangkuk? Warden nampak kebingungan yang terpapar di wajah saya. Dia menyuruh saya menghulurkan gayung saya kepada orang kerja, lantas “orang kerja” menyenduk bubur ke dalam gayung saya.
Tiba-tiba, satu kesedaran terlintas dalam otak saya, umpama “pencerahan”. Baru saya sedar bahawa gayung adalah segala-galanya dalam dunia saya sekarang atau sekurang-kurangnya dalam sel penjara. Gayung adalah mangkuk untuk menampung makanan saya, sama ada bubur, mahupun air minuman. Gayung juga berfungsi ketika saya mandi, mencuci baju dan sebagainya.
Saya sedar bahawa keperluan material untuk kehidupan asas seseorang manusia sebenarnya tidak banyak. Apa yang paling diperlukan adalah gayung atau apa-apa bekas yang boleh digunakan untuk menampung air – unsur terpenting untuk kelangsungan hidup.

2.Kebajikan dan Rasuah?

Selain warden yang menemani saya untuk bersenam, terdapat seorang lagi warden yang ditugaskan untuk mengawal di blok ini.

Ketika saya bersenam, mereka bersembang tentang isu politik. Tiba-tiba, salah seorang  menoleh ke arah saya dan bertanya, “Adakah itu 'rasuah' jika mengambil duit minyak (tambang) untuk balik mengundi?”

Ia soalan yang agak sukar. “Bergantung bagaimana ia dilakukan”, saya tidak mahu menyatakan pendirian sebelum mengetahui konteks sebenarnya.

“Saya suka waktu pilihan raya – seronok tengok dia orang berkempen”, katanya. (Saya tidak pasti “dia orang” yang dimaksudkan itu merujuk kepada Barisan Nasional atau kami)

“BN suruh orang bersumpah dengan Quran bila mereka bagi duit minyak”, katanya dalam nada yang tidak bersetuju, “Saya rasa itu salah dan mestilah rasuah” . Dia mengangguk, “Tapi PAS lain, you hanya perlu pergi ke sana, semak daftar pemilih dan alamat you, mereka akan memberi elaun berdasarkan jarak.”

“PAS bagi tambang hanya berdasarkan kelayakan you sebagai pengundi berdaftar. Mereka tak tanya siapa you undi. BN minta orang sumpah dengan Quran, itu syaratnya untuk dapat wang sebelum dia tambah, “Ini rasuah, saya rasa.”

“Ya”, saya mengulas untuk memberi tafsiran yang lebih jelas berhubung definisi rasuah. Menolong orang tanpa syarat adalah sejenis kebajikan, orang yang layak dan memerlukan akan mendapatnya. Tetapi apabila bantuan itu bersyarat, malah perlu dibalas sebagaimana yang ditetapkan, misalnya mengundi calon atau parti tertentu, maka ia adalah rasuah.”

Saya sambung berlari-lari anak.

 

——About the Author

Tian Chua

Chua Tian Chang telah dilahirkan pada tahun 1963 di Melaka. Beliau telah menamatkan pengajian di University of New South Wales (UNSW) Australia. Beliau juga menerima Ijazah Saujana Muda (M.A.) dari Institute of Social Studies (ISS) di Belanda.
Lebih dikenali sebagai Tian Chua, beliau adalah antara pemimpin dan pejuang dalam gerakan Reformasi yang tercetus pada tahun 1998. Beliau juga terlibat dalam penubuhan Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999.
KEADILAN kemudiannya telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 2003 dan membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tian Chua pernah menyandang jawatan Ketua Penerangan PKR dan kini menjawat jawatan Naib Presiden PKR. Tian Chua ialah Ahli Parlimen kawasan Batu untuk dua penggal (PRU12 dan PRU13) tetapi telah dinafikan kelayakan untuk bertanding dalam PRU14 pada tahun 2018.