| |

【Info Buku】Lakaran Jiwa Merdeka: Catatan dari Penjara Kajang

【Info Buku】Lakaran Jiwa Merdeka: Catatan dari Penjara Kajang

Info Buku

Tarikh Terbitan:2018.10
ISBN:978-967-419-260-0
Bahasa:Bahasa Melayu
Harga:RM35

——Deskripsi

Chua Tian Chang
Tian Chua, reformis yang memahat ingatan rakyat Malaysia dengan susuk tubuhnya yang kurus di depan trak meriam air berkimia pada zaman Reformasi. Naik turun mahkamah, keluar masuk lokap sudah menjadi sesuatu yang lumrah sepanjang tempoh dua dekad perjuangan politik Tian Chua.
Namun, di sebalik imej berani yang ditonjolkan, Tian Chua memiliki jiwa seni yang halus. Tian Chua menggilap semula bakatnya dengan menghasilkan karya seni di sebalik tirai besi. Melalui pengamatannya, Tian Chua berkongsi kisah-kisah dalam Penjara Kajang, malah menyelami falsafah di sebalik fenomena yang berlaku. Meskipun jasadnya terkurung, Tian Chua tetap mempertahankan kebebasan jiwanya – kebebasan untuk memilih yang benar dan mulia, dan kebebasan untuk menolak yang salah dan korup.

—— Ekstrak

Majalah

Tidak lama selepas menjamu sarapan, seorang Cina-Bidayuh dari Sarawak datang mengucapkan selamat tinggal. Dia meminta balik majalah “Time Out” yang telah dipinjamkan kepada saya. Saya bingung seketika. Saya sudah lupa di mana saya simpan majalah ini. Seingat saya, saya telah menyerahkan majalah ini kepada “orang kerja” Indonesia. Saya tidak terfikir pun bahawa satu hari nanti dia akan menuntut balik majalahnya daripada saya. Saya rasa bersalah dan amat kesal. Barulah saya sedar, bahawa di sini, setiap benda yang mampu anda miliki adalah amat bernilai. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia berkata, “Magazine you keep ok?”
“Kamu dah nak keluar ke?” tanya saya.
“Tidak, saya dipindahkan ke blok lain, untuk lima tahun lagi”, jawabnya dengan nadanya positif dan optimis. Seakan-akan dia telah atau sedang merancang untuk yang kehidupan baru. Apa tidaknya, nyawanya terselamat dari tali gantung. Dia disabitkan kesalahan menyeludup dua kilogram marijuana dan kemudian diringankan hukumannya.

Tiba-tiba saya teringat bahawa majalah “Time Out” itu ditulis nama ANDREW di muka depannya. Mungkin namanya Andrew.—— Where to buy

📘 Popular Bookstore
📘 MPH Bookstore
📘 KL Commercial Book
📘 Kedai Buku Cite
📘 Buku-buku Beach Street
📘 有店 Got1shop
📘 Shopee
📘 www.dajiang.com.my

类似文章

发表评论